fbpx

Rugi RM 181,050.09 ditipu sindiket mata wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang pemilik syarikat kerugian RM181,050.09 akibat ditipu sindiket penjualan mata wang yuan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berusia 42 tahun berurusan dengan ejen melalui panggilan telefon.

“Difahamkan, mangsa memerlukan mata wang yuan bagi urusan pembelian bahan mentah perniagaan berjumlah 300,000 yuan dari sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

“Mangsa kemudiannya mengarahkan pekerjanya untuk pekerja melakukan transaksi wang ke akaun sebuah bank tempatan yang diberikan ejen terbabit.

“Sebaik sahaja selesai transaksi, mangsa cuba menghubungi ejen tersebut untuk pengesahan bayaran namun gagal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI