fbpx

Remaja lemas dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Setelah bertarung nyawa selama kira-kira 10 jam akibat lemas di kolam rekreasi di Kendong seorang remaja akhirnya disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, dekat sini, pukul 9.16 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, mangsa iaitu lelaki berusia 14 tahun datang ke kolam berkenaan bersama sembilan lagi rakannya dari Rantau untuk mandi manda di kolam berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di kolam berkenaan pada pukul 9.25 pagi kumpulan rakan yang bersama ke lokasi berkenaan berbual bersama-sama sebelum menyedari mangsa tiada bersama kumpulan berkenaan.

“Sebaik tersedar mangsa tiada, rakan mangsa cuba mencari mangsa dan memaklumkan ketiadaan mangsa kepada penjaga kolam rekreasi berkenaan.

“Penjaga berkenaan kemudiannya mula mencari mangsa. Mangsa dilihat berada di dalam kolam dan penjaga telah mengeluarkan mangsa dari kolam dan dibaringkan di atas tebing,” katanya, di sini, tadi.

Anuar berkata, penjaga berkenaan telah menghubungi pihak hospital dan polis.

Menurutnya, mangsa segera dibawa ke Hospital Tampin oleh pasukan paramedik kerana masih bernyawa.

“Mangsa yang dalam keadaan kritikal bagaimanapun disahkan meninggal dunia pukul 9.16 malam semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI