fbpx

Polis siasat pergaduhan di Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan di Dataran Merdeka awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan membabitkan kumpulan motosikal di Dataran Merdeka di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah, mengesahkan ada menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.29 pagi yang memaklumkan kejadian tersebut.

Katanya, pergaduhan tersebut melibatkan beberapa lelaki bersenjatakan topi keledar.

“Bertindak atas maklumat tersebut, unit rondaan dan Team Operasi Cantas Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi berkenaan, didapati kumpulan tersebut telah bersurai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara kumpulan pemuda bermotosikal di lokasi berkenaan dan tidak melibatkan elemen kongsi gelap atau gengsterisme.

“Tiada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak yang terlibat.

“Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat oleh Petugas Pusat Kawalan Polis Dang Wangi, dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata di tempat awam,” ujarnya.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 14 saat tular di laman Facebook memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di Dataran Merdeka awal pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI