fbpx

Musim terakhir Conte bersama Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE terpaksa menerima hakikat beliau telah gagal mencapai sasaran yang diletakkan Inter apabila tidak berjaya memenangi sebarang trofi musim ini. – AFP

COLOGNE – Ketua jurulatih Inter Milan, Antonio Conte memberi bayangan beliau tidak akan mengendalikan pasukan itu lagi musim depan susulan kekalahan mereka pada aksi final Liga Europa awal pagi semalam.

Pengendali berusia 51 tahun itu mengakui, masa depannya bersama Inter mungkin tidak kekal kerana beliau gagal mencapai sasaran iaitu menjuarai Liga Europa selepas tewas 2-3 kepada Sevilla pada aksi yang berlangsung di Stadium Rhein Energie.

“Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan kelab ming­gu depan untuk membincangkan mengenai masa depan saya. Mungkin hari ini (semalam) adalah perlawanan terakhir saya dalam karier kejurulatihan bersama Inter.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pemain kerana mereka sudah melakukan yang terbaik untuk berada pada tahap ini.

“Secara keseluruhan, saya harap pasukan perlu bekerja lebih keras lagi dan memperbaiki segala kelemahan yang ada,” katanya.

Bekas pengendali Juventus dan Chelsea itu telah memberikan prestasi terbaik dalam tahun pertamanya bersama Inter apabila berjaya memastikan kelab tersebut muncul naib juara Serie A dan meraih tempat kedua Liga Europa musim ini.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Inter, Steven Zhang tetap optimis dengan masa depan pasukannya kerana ahli perniagaan dari China itu memahami adat menang dan kalah adalah sebahagian dalam dunia bola sepak.

“Barisan kejurulatihan dan semua pemain telah melakukan yang terbaik dan mereka semua akan diberikan cuti rehat.

“Selepas ini barulah kami akan membincangkan mengenai pe­rancangan pasukan untuk musim depan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI