fbpx

KASA cadang penternakan babi dihenti operasi sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Kereh, Tasek Gelugor yang tercemar dengan najib babi.

SEBERANG PERAI – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencadangkan operasi penternakan ladang babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini yang menyebabkan pencemaran Sungai Kereh dihentikan sehingga penternak akur untuk melaksanakan sistem penternakan sifar pelepasan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, perkara berkenaan bagaimanapun hanya dapat dilaksanakan dengan kerjasama dengan pelbagai agensi di bawah kementerian berkaitan.

“Cara terbaik dan segera adalah mesti ada usaha untuk hentikan penternakan ini sehingga pengusaha memberi komitmen untuk lakukan sistem sifar pelepasan dan tidak lepaskan najis secara langsung ke dalam sungai.

“Menteri (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) akan menulis memo merentasi kementerian bagi menyampaikan cadangan untuk penternakan ini dihentikan (sementara) sehingga ada penyelesaian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pencemaran tersebut di Sungai Kereh, Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor.

Kosmo! semalam melaporkan kira-kira 1,000 penduduk beberapa buah kampung di Tasek Gelugor di sini mengakui hampir berputus asa untuk menjalani kehidupan selesa apabila isu pencemaran najis babi di beberapa batang sungai tidak pernah selesai sejak 40 tahun lalu.

Antara sungai yang didakwa mengalami masalah pencemaran yang serius termasuklah Sungai Kereh, Sungai Korok, Sungai Kreh Mati, Sungai Kecil Pokok Machang, Sungai Lubuk Meriam dan Sungai Lubuk Mariam Dalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI