fbpx

Kaki masuk lubang tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaki kanak-kanak terbabit tersepit di dalam lubang jamban ketika sedang membersihkan diri di tandas awam Air Terjun Kota Tinggi, hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit selama 20 minit selepas kakinya tersepit di dalam lubang tandas ketika sedang membersihkan diri di tandas awam Air Terjun Kota Tinggi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II KUP Mohamad Othman berkata, bomba menerima panggilan kecemasan mangsa tersepit melalui talian MERS 999 pada pukul 12.56 tengah hari.

Jelasnya, seramai lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Mangsa berusia sembilan tahun ketika itu baru selesai mandi di air terjun tersebut dan hendak bilas dalam tandas.

“Disebabkan licin, kaki mangsa telah termasuk ke dalam lubang tandas. Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk keluarkan kaki mangsa dengan cara menarik kaki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 1.32 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI