fbpx

Jangan beli alat timbang dan sukat secara atas talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (tengah) menerang cara penggunaan alat timbang dan sukat digital kepada seorang peniaga buah di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Peniaga dinasihat agar tidak membeli alat timbang dan sukat murah daripada portal-portal jualan atas talian kerana ia tidak di tentu sahkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penggunaan alat timbang dan sukat yang tidak di tentu sahkan dalam kalangan peniaga merupakan kesalahan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Walau pun harga alat timbang dan sukat di portal jualan atas talian mudah murah tetapi ia tidak di tentu sahkan.

“Alat timbang dan sukat yang di tentu sahkan bukan sahaja tidak diiktiraf malah lebih membimbangkan timbangannya dikhuatiri tidak tepat hingga menyebabkan pengguna tertipu,” katanya selepas menyerahkan alat timbang dan sukat digital dan neraca spring kepada 42 peniaga buah di sekitar pekan Ajil dan Kuala Berang di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia.

Rosol berkata, alat timbang dan sukat yang dibeli daripada portal jualan atas talian kebanyakannya diimport dari China dan ia sukar di tentu sahkan kerana tidak disediakan manualnya.

Sehubungan itu, Rosol menasihatkan peniaga mendapatkan alat timbang dan sukat yang berharga antara RM150 hingga RM400 daripada pengedar sah dilantik KPDNHEP di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI