fbpx

Hockademy anjur festival hoki konsep Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pemain Hockademy (kanan) cuba merampas bola daripada kawalan pihak lawan pada festival hoki yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional hari ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan Liga Hoki Malaysia musim ini, Hockademy giat melakukan inisiatif untuk membangunkan sukan hoki tanah air secara menyeluruh dengan menganjurkan Festival 5 Penjuru Hockademy di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Festival itu berjaya menarik penyertaan 23 pasukan pemain daripada Program Pembangunan MBPJ, Kelab Hoki 4 State, KL Thunder, Akademi D’Touch dari Pahang dan tuan rumah, Hockademy. 

Pemilik Hockademy, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, tujuan penganjuran kejohanan itu sebagai usaha permulaan untuk membantu Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mendapat kumpulan pemain yang lebih besar pada masa depan.

Beliau juga berharap kejohanan itu mampu menjadi pencetus kepada lebih banyak program peringkat akar umbi khusus buat bawah 10 tahun (B-10), B-12, B-14 dan B-16 dapat diperhebatkan lagi selepas ini.

MEGAT D. SHAHRIMAN (tengah) memberikan kata-kata semangat kepada para pemain Hockademy sewaktu festival hoki di Stadium Hoki Nasional hari ini.

 

“Kelab dan persatuan hoki negeri perlu bekerjasama memperbanyakkan lagi kejohanan akar umbi supaya kita dapat memupuk minat pelajar sekolah untuk bermain hoki. 

“Program ini dianjurkan mengikut konsep pembangunan Eropah yang dianjurkan secara festival dengan setiap pemain dapat peluang beraksi, malah tiada pasukan yang diangkat sebagai pemenang.

“Ia harus dijalankan secara menyeluruh di peringkat akar umbi supaya misi kita untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 10 terbaik dunia dapat dicapai dalam tempoh beberapa tahun lagi,” katanya. 

Beliau turut menjelaskan bahawa kerjasama erat antara MHC dan persatuan negeri amat penting untuk meletakkan semula sukan hoki pada tahap sebenar selepas kali terakhir layak ke pentas Sukan Olimpik pada edisi Sydney 2000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI