fbpx

Empat pemandu mabuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pemandu yang diperiksa polis dalam Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah yang diadakan selama dua hari bermula Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR- Empat lelaki tempatan ditahan polis dalam Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah ekoran didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kesemua mereka berusia 29 hingga 42 tahun ditahan mengikut Seksyen 45(A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula Jumaat lalu di sekitar Petaling Jaya, kami telah memeriksa seramai 682 orang pengguna jalan raya selain 655 buah kenderaan.

“Seramai 88 orang pengguna jalan raya dikenakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan 24 orang daripadanya disaman di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Tambahnya, hasil tinjauan pihak polis turut mendapati masih terdapat pengguna jalan raya yang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Kami juga sentiasa memandang serius kesalahan pengguna jalan raya yang memandu dan menunggang kenderaan tanpa lesen dan akan terus melaksanakan operasi sedemikian dalam daerah tersebut,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI