fbpx

Ejen insurans mati sesak nafas ketika mendaki Bukit Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohd. Azmi yang meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika mendaki Bukit Besar, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang ejen insurans meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika sedang melakukan aktiviti mendaki Bukit Besar di sini semalam.

Wan Mohd Azmi Ibrahim, 54, ditemui rebah oleh seorang pendaki lain di laluan denai di bukit tersebut yang setinggi 500 meter dari aras laut sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi.

Seorang saksi, Zawawi Ngah, 64, berkata, dia berada kira-kira 200 meter dari lokasi lelaki yang berasal dari Kuala Ibai di sini itu rebah.

“Saya terus berkejar untuk membantunya dengan memberikan CPR (bantuan pernafasan) tetapi dia tidak menunjukkan respons positif selain badannya terasa sejuk.

“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu menerusi aplikasi Whatsapp Kumpulan Pendaki Bukit Besar untuk meminta bantuan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Zamberi Omar berkata, empat anggota bomba dari balai berkenaan telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat namun mangsa didapati telah meninggal dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI