fbpx

Cadang perkukuh akta berkaitan alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kiri) semasa menyampaikan sumbangan Khas dan Kit Covid-19 Kepada Sekolah dan Institusi Pendidikan Dalam Parlimen Kubang Kerian di Pendek, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan bercadang untuk memperkasakan akta atau Rang Undang-Undang (RUU) melibatkan pencemaran udara agar tindakan tegas dapat diambil kepada pemilik kilang industri dan ladang ternak yang ingkar.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan perlu memperkukuhkan akta sedia ada sebagai langkah untuk mengelakkan pertambahan pencemaran udara dan sungai yang dilakukan oleh kilang-kilang di negara ini.

“Akta yang ada perlu diperkukuhkan untuk kita ambil tindakan terhadap kilang dan ladang ternakan yang tidak mementingkan tahap kebersihan udara serta sungai.

“Jadi, kita perlu ada akta untuk mengukur bau. Setakat ini, ukuran bau masih diukur dengan menggunakan hidung. Jadi, siapa yang hendak mengukurnya? Oleh itu, akta itu perlu diperkukuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Khas dan Kit Covid-19 Kepada Sekolah dan Institusi Pendidikan Dalam Parlimen Kubang Kerian di Pendek di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Mumtaz Md. Nawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Saiful Adli Abu Bakar.

Dalam majlis itu, sebanyak 73 buah sekolah termasuk sekolah kerajaan, swasta, sekolah tahfiz dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dalam Parlimen Kubang Kerian menerima sumbangan berupa 18,000 pelitup muka serta termometer.

Mengulas lanjut mengenai pengukuhan RUU itu, Tuan Ibrahim berkata, setakat ini, banyak kilang-kilang di negara ini yang sudah menerima amaran ekoran melakukan pencemaran di kawasan sungai.

Katanya, pihak kementerian juga sedang menyemak untuk menaikkan jumlah kompaun kepada kilang dan ladang ternak yang ingkar.

“Kompaun asal sebanyak RM2,000 dan jumlah itu terlalu rendah. Oleh itu, kita juga sedang semak akta dan RUU yang ada untuk meningkatkan lagi hukuman tersebut.

“Cuma dalam tempoh ini, kita perlu menguatkuasakan apa sahaja yang boleh dilakukan termasuk menggantung operasi kilang-kilang dalam tempoh tertentu,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI