fbpx

Bahagia singkat Sang-hyuk, Da-ye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kim Sang-hyuk dan Song Da-ye.

 

HANYA mampu bertahan sebagai pasangan suami isteri selama setahun empat bulan, penyanyi Kim Sang-hyuk dilaporkan sah bercerai dengan isterinya, Song Da-ye.

April lalu, berita perpisahan pasangan itu mendapat liputan media selepas dilaporkan memfailkan perceraian kerana tidak lagi bersefahaman.

Bagaimanapun pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2019 itu tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan perceraian mereka.

“Sepatutnya kami sama-sama membantu mengubati luka masing-masingm, tetapi sukar.

“Ini semua salah saya sebab tidak mampu lakukan yang terbaik. Maafkan saya atas berita ini,” ujar Sang-hyuk yang merupakan penyanyi kumpulan Click B.

Sebelum ini, timbul dakwaan berlaku keganasan rumah tangga antara pasangan itu selepas Da-ye dimasukkan ke wad kecemasan akibat mengalami kecederaan.

Menguatkan spekulasi, kecederaan pada bahagian mata wanita itu sehari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung mendapat perhatian peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI