fbpx

Pemilik restoran pasang bendera terbalik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera negeri Kedah yang dipasang terbalik di sebuah premis di Langkawi.

LANGKAWI – Polis menahan seorang pemilik restoran makanan laut dan pekerjanya bagi membantu siasatan kejadian bendera negeri Kedah yang dipasang terbalik di premis tersebut di Pekan Pandak Mayah, Kuah di sini hari ini.

Pemilik restoran berusia 58 tahun yang merupakan warga tempatan dan pekerjanya berusia 32 tahun dari Bangladesh ditahan selepas gambar bendera dipasang terbalik tersebut viral di Facebook hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 6 petang ini.

“Anggota polis bertindak menemui pemilik restoran tersebut dan siasatan mendapati dia menyuruh pekerjanya yang merupakan warga Bangladesh memasang bendera negeri Kedah tanpa disedari ia dipasang secara terbalik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya kemudian bertindak menahan dua individu terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kita juga sedang menyiasat lanjut berhubung permit kerja pekerja warga asing itu,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas mereka esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI