fbpx

Patuhi SOP elak wujud kluster Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
WARTAWAN EKSEKUTIF, MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

Liga Malaysia (Liga M) semakin dirasai oleh peminat sukan bola sepak tempatan dengan aksi sepak mula dijadualkan kembali berlangsung hari ini selepas lebih lima bulan berehat ekoran penularan pandemik Covid-19.

Kehadiran wabak Covid-19 sejak awal tahun ini hampir melumpuhkan industri sukan.

Seperti kata pepatah terkenal dari negara barat, what doesn’t kill you, make you stronger (apa yang tidak membunuh anda, membuatkan anda lebih kuat), operasi sukan sudah dibenarkan beroperasi sejak Jun lepas.

Selepas mengharungi dua fasa latihan tiada bersentuhan pada Jun sebelum dibenarkan sesi latihan secara berkumpulan dan fizikal pada bulan lalu, boleh dikatakan penantian oleh pemain dan jurulatih agak lama.

Hasil daripada kesabaran yang tinggi, sukan bola sepak akhirnya diberikan ‘lampu hijau’ oleh kerajaan dan Majlis ­Keselamatan Negara untuk melangsungkan apa sahaja kejohanan bermula 15 Ogos lalu.

Kini, tarikh yang dinantikan sudah tiba dengan aksi melibatkan Petaling Jaya City FC menentang Terengganu FC untuk sai­ngan Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini.

Bagi saingan Liga Premier, kelab bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia turut membuat perhitungan dengan pasukan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada se­belah petang.

Di sebalik keterujaan yang ada, kesemua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan setiap perlawanan berlangsung mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berharap kesemua pasukan dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MFL ketika beraksi.

“Nasihat saya adalah kesemua pasukan harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Tidak dilupakan juga SOP KKM dengan mengamalkan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal,” kata dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Antara SOP yang ditetapkan MFL bagi operasi perlawanan ialah tiada upacara bersalam ­sebelum dan selepas perlawa­nan, perkongsian sebarang peralatan peribadi tidak dibenarkan dan pemain simpanan perlu ditempatkan di tempat duduk penonton.

Mengulas lanjut, Ab. Ghani mengesahkan perlawanan Liga M dibenar diadakan di dalam stadium perlawanan sahaja.

“Stadium-stadium tersebut hendaklah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi sebelum perlawanan diadakan.

“Perlawanan tersebut hendaklah dimainkan tanpa penonton dan setiap yang terlibat perlu menjalani ujian swap,” katanya.

Pemain tengah Selangor, Brendan Gan percaya beberapa siri persahabatan yang dilakukan sejak awal bulan ini sudah membiasakan pasukan dengan norma baharu itu.

Katanya, semua pegawai dan pemain tidak lagi perlu berasa kekok.

“Objektif perlawanan persahabatan yang telah dilakukan sememangnya cukup penting kepada semua pemain bagi mempelajari SOP.

“Kehadiran pegawai penyelaras memudahkan lagi pemahaman kami yang me­nerangkan perkara yang boleh dan tidak boleh kami lakukan.

“Bukan sahaja pemain, sesiapa sahaja yang hadir ke stadium perlu mengikuti SOP yang diminta walaupun perlawanan akan dilangsungkan secara tertutup,” kata Brendan yang juga tonggak skuad Harimau Malaya.

Akhir kata, Selamat kembali Liga M.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI