fbpx

Lapan kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak lapan kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,257 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes adalah penularan tempatan membabitkan Kluster Tawar manakala tiga lagi adalah kes import.
“Lima kes baharu bagi kluster tersebut membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah kes dikesan positif untuk Kluster Tawar sebanyak 63 kes.
“Seramai 2,942 telah disaring hari ini di Kedah, Pulau Pinang dan Perak,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Noor Hisham berkata, tiga kes import pula membabitkan seorang warganegara dan dua warga asing. Kes dari dari Bangladesh, Belanda dan Filipina.
Tambah beliau, sebanyak empat kes dilaporkan pulih Covid-19 hari ini, lapan kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan serta tiada pertambahan kes kematian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI