Tular dalam media sosial juga gambar yang memaparkan seorang pengantin lelaki mendukung ibunya keluar dari kereta sebelum meletakkannya di atas kerusi roda.
Momen syahdu tersebut berlaku semasa si anak hendak melangsungkan pernikahan di sebuah masjid di Damansara, Selangor.
Gambar yang mendapat pujian ramai itu dimuat naik oleh jurugambar rasmi majlis perkahwinan, Seniman Visual menerusi akaun Facebooknya.
Menurut jurugambar itu, pengantin lelaki sanggup lari ke kereta untuk menurunkan ibunya sedangkan ketika itu dia sibuk bersiap hendak memakai sampin.
Malah jurugambar itu turut menulis kapsyen: “Secara jujur, inilah majlis akad nikah yang paling sebak pernah kami shoot, kesemua yang hadir berlinang air mata.”
Rata-rata netizen melahirkan perasaan sebak melihat momen tersebut dan serta meninggalkan nasihat agar si anak terus menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat.