Seramai 80 peserta menyertai ekspedisi mendaki Gunung Berembun, Seremban, Negeri Sembilan anjuran Brahims Outdoor Adventure Team.
Program berkenaan bertujuan mempromosikan produk makanan Brahim’s yang sesuai dijadikan hidangan di dalam hutan serta untuk aktiviti luar.
Peserta turut diberikan pek kembara iaitu berupa beberapa hidangan makanan segera seperti bubur lambuk, nasi goreng kampung, bubur ayam dan daging masak hitam.