fbpx

30 tahun, sengsara hidu bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Fakhrulrazi (kiri) menunjukkan keadaan sistem perparitan berdekatan kandang kambing di Jalan Haji Salleh, Meru semalam.

KLANG – Busuk dan meloyakan. Itu penderitaan lebih 1,000 penduduk di Jalan Haji Salleh, Meru di sini yang terpaksa menanggung bau busuk selama 30 tahun berpunca dari kandang kambing yang dibina 100 meter dari pe­nempatan mereka.

Tinjauan Kosmo! di lokasi turut mendapati, saliran parit di luar premis yang menempatkan kandang tersebut dicemari sisa dipercayai kumbahan najis.

Malah, operasi kandang yang mempunyai hampir 60 ekor kambing itu juga didakwa dilakukan secara haram apabila persekitarannya dititupi de­ngan zink seolah-olah cuba menyembunyikan aktiviti daripada penge­tahuan umum.

Seorang penduduk, Hamdan Ali, 53, kesal dengan kewujudan kandang tersebut yang begitu hampir dengan kediaman penduduk.

“Setiap hari kena hadap bau busuk najis kambing yang begitu meloyakan dan menganggu kehidupan seharian.

“Bila hujan baunya bertambah kuat hingga boleh dihidu dari jarak lebih 100 meter,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Penduduk lain, Mahfuzah Hamzah, 45, berasa hairan bagaimana pembinaan kandang kambing itu diluluskan pihak berkuasa.

“Sampai bila lagi mahu hidu bau yang meloyakan ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi ke­sejahteraan penduduk,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar yang melawat lokasi itu berkesempatan menemui pemilik kandang kambing berusia 44 tahun.
Jelasnya, pemilik memaklumkan kandang itu telah beroperasi sejak 30 tahun lalu dan menternak hampir 60 ekor kambing.

“Kawasan ini adalah lokasi banjir kilat dan apabila banjir, kumbahan najis berkenaan berkemungkinan boleh mema­suki kediaman penduduk.

“Justeru, saya akan memohon pihak Majlis Perbandaran Klang agar membuat pemeriksaan terhadap status tanah sama ada telah mendapat kebenaran untuk aktiviti penternakan atau sebaliknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI