fbpx

Warga emas hilang selepas berkebun ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota mencari dan menyelamat mengangkat mayat Othman yang mati lemas di Sungai Kemaman berhampiran Pasir Gajah, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pencarian warga emas yang hilang selepas berkebun sejak kelmarin berakhir apabila mayat ditemui terapung di Sungai Kemaman berhampiran Pasir Gajah dekat sini hari ini.

Mayat Othman Daud, 79, dijumpai anggota mencari dan menyelamat dalam keadaan menyayat hati apabila tersangkut pada sebatang kayu mati pada pukul 7.39 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat Othman ditemui kira-kira 500 meter dari pusat operasi mencari dan menyelamat yang telah di buka di tebing Sungai Kemaman di sini.

“Kita percaya perahu yang dinaiki mangsa sewaktu dalam perjalanan pulang dari kebunnya telah terbalik.

“Mangsa kemudiannya dibawa arus deras sebelum dipercayai lemas yang membawa kepada kematiannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan lelaki warga emas itu dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang, Rabu lalu.

Othman dipercayai hilang ketika menyeberang sungai dengan menaiki perahu
dari kebunnya di Pasir Manggang, Kampung Pasir Gajah dekat sini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI