fbpx

UUM sedia tangguh pendaftaran pelajar baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia menangguhkan pendaftaran pelajar baharu bagi sesi 2020/2021 yang dijadualkan pada Oktober depan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pihaknya akan meneliti perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negeri ini.

“Kami akur dan menyambut baik kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berhubung kemungkinan kemasukan pelajar baharu ditunda ekoran peningkatan kes Covid-19 di Kedah dan Sarawak.

“Pihak universiti akan memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipatuhi bagi mengekalkan status UUM sebagai kampus sifar Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada semalam, Noraini berkata, penangguhan itu mungkin akan dilaksanakan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri.

Sementara itu, Ahmad Bashawir berkata, persiapan awal telah dilaksanakan bagi memastikan tiada pelanggaran SOP berlaku ketika sesi pendaftaran.

“Kami juga sentiasa membuat rujukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, MKN dan KKM dari semasa ke semasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI