fbpx

Tuah tidak memihak Lyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCIA (tengah) terpaksa akur perjalanan Lyon dalam saingan Liga Juara-Juara terkandas di peringkat separuh akhir. - AFP

LISBON – Ketua jurulatih Olympique Lyon, Rudi Garcia mengakui, nasib tidak menyebelahi pasukannya apabila tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara musim ini selepas tewas 0-3 kepada Ba­yern Munich dalam aksi separuh akhir di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pengendali berusia 56 tahun itu tetap berbangga dengan pencapaian anak-anak buahnya sepanjang kejohanan berprestij Eropah tersebut selepas berjaya menyingkirkan dua kelab gergasi, Juventus dan Manchester City sebelum ini.

“Kami memang kecewa kerana gagal melangkah ke pentas final kerana mensia-siakan rentetan peluang ke­emasan dalam perlawanan ini. Saya anggap kekalahan kami lebih kepada tidak bernasib baik.

“Pujian harus diberikan kepada semua pemain yang sentiasa bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan meskipun kami sudah ketinggalan dua gol pada babak pertama,” katanya.

Sementara itu, penyerang Lyon, Karl Toko Ekambi se­nada dengan Garcia dan me­negaskan mereka ha­nya boleh menyalahkan diri sendiri ke­rana gagal menyudahkan ba­nyak peluang terhidang terutama pada awal permainan.

“Kami sepatutnya boleh memberi saingan kepada Ba­yern tetapi inilah lumrah bola sepak. Apabila anda gagal menjaringkan gol, pasukan anda akan kalah.

“Bayern tidak kebal dan boleh dikalahkan dengan syarat anda perlu menyudahkan setiap peluang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI