fbpx

Tangan tersangkut pagar geriji besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangan kanan kanak-kanak berusia tiga tahun tersangkut pada pagar jeriji besi di rumahnya di Jalan Permas 1/34, Permas Jaya, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki cemas apabila tangan kanannya tersangkut pada pagar jeriji besi di rumah keluarganya di Jalan Permas 1/34, Permas Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.51 pagi itu, kanak-kanak berusia tiga tahun itu terselamat dengan bantuan pihak bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Noor Azhan Ahmad berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di tempat kejadian kita mendapati benar tangan kanan mangsa tersangkut pada pagar jeriji rumah ketika bermain.

“Pasukan Keluar Operasi (PKO) menarik dan mengeluarkan tangan mangsa dan tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Azhan berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarga.

Pihak bomba turut menasihati agar ibu bapa sentiasa berwaspada dan memerhatikan anak-anak ketika mereka sedang bermain bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI