fbpx

Sevilla mula lancar perang psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOPETEGUI (kiri) berpeluang memastikan Sevilla bergelar juara Liga Europa buat kali keenam jika berjaya menewaskan Inter pada aksi final awal pagi esok. - AFP

COLOGNE – Pengendali Sevilla, Julen Lopetegui mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi final Liga Europa menentang Inter Milan di Stadium Rhein Energie awal pagi esok.

Bekas pengendali skuad antarabangsa Sepanyol itu memilih untuk memuji barisan pemain Inter dengan melabelkan wakil Serie A tersebut sebagai pasukan pilihan yang akan menjuarai aksi final berkenaan.

“Inter akan memaksa kami menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan itu kerana mereka adalah sebuah pasukan hebat. Mereka memiliki pemain terbaik serta jurulatih berpengalaman.

“Kami sedar kesukaran yang bakal dihadapi pada perlawanan itu nanti, jadi semua pemain perlu bersiap sedia. Setiap pasukan yang dibimbing oleh Conte ada karakter tersendiri,” kata Lopetegui.

Bagaimanapun, beliau tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap skuad kendaliannya untuk menampilkan aksi terbaik seterusnya memenangi gelaran Liga Europa keenam mereka.

“Walaupun Inter sebuah pa­sukan yang baik tetapi pasukan kami juga mempunyai cita-cita tinggi. Saya fikir semua pemain sudah mendapat rehat yang cukup dan sedia untuk beraksi.

“Saya yakin pemain-pemain Sevilla berada dalam keadaan terbaik ketika ini kerana mereka sudah meletakkan sasaran untuk melakar kejayaan pada perlawanan itu nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI