fbpx

Polis rampas dadah RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainudin (tiga dari kanan) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam satu sidang akhbar di Balai Polis Setiawangsa di sini tadi.

KUALA LUMPUR- Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah didalangi warganegara Iran serta rakyat tempatan selepas merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.6 juta.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner, Zainudin Ahmad berkata, pihaknya turut merampas sejumlah 42.4 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis seperti heroin, syabu dan base selain peralatan memproses bahan kimia itu.

“Pihak polis melakukan tiga serbuan berasingan bermula 14 hingga 18 Ogos di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang membawa kepada penangkapan tujuh ahli sindiket termasuk seorang warganegara Iran.

“Ujian saringan awal urin turut mendapati kesemua suspek berusia lingkungan 33 hingga 56 tahun itu turut positif dadah,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI