fbpx

Perhilitan NS sahkan anak buaya tembaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak buaya tembaga yang ditemui itu dipercayai sesat di bawa arus semasa hujan lebat.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan mengesahkan anak buaya yang ditemui penduduk di Empang Batu Sepri, dekat sini, petang semalam merupakan anak buaya tembaga.

Pengarah Perhilitan NS, Wan Mat Wan Harun berkata, sememangnya tiga sungai di negeri ini iaitu Sungai Timun, Sungai Linggi dan Sungai Rembau merupakan antara lokasi habitat buaya.

Bagaimanapun menurutnya, aduan kehadiran buaya di kawasan perkampungan berkenaan merupakan aduan pertama yang diterima pihak jabatan.

“Sebelum ini kita ada terima makluman dari orang ramai mengenai buaya di Sungai Linggi, namun buaya ini tidak menganggu orang awam.

“Berkemungkinan, anak buaya tembaga yang ditemui semalam sesat di bawa arus semasa hujan lebat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Mat berkata, melalui data yang telah dikumpul pihaknya terdapat lebih kurang 200 buaya tembaga di sepanjang Sungai Linggi dan dua buah sungai lagi iaitu di Sungai Timun dan Rembau.

“Di lokasi lain kita masih belum pernah mendapat maklumat kewujudan buaya. Bagaimanapun kita harap sekiranya ternampak buaya, penduduk dinasihatkan tidak melakukan sebarang provokasi.

“Anak buaya yang kita terima semalam juga tidak agresif dan berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Terdahulu, sepasukan anngota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rembau dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berjaya menangkap seekor anak buaya yang muncul kali pertama di Empang Batu Sepri semalam.

Anak buaya itu dilihat orang awam sekitar pukul 3.00 petang dan berjaya ditangkap serta operasi tamat pada pukul 5.48 petang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI