fbpx

Pembantu kedai cedera dilibas biawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
biawak betina seberat 35 kg yang berjaya ditangkap APM selepas melibas seorang pembantu kedai serbaneka.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Cubaan seorang pembantu kedai serbaneka menangkap seekor biawak betina seberat 35 kilogram memakan diri selepas cedera di ibu jari kanan akibat dilibas dalam kejadian di rumahnya di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pukul 2 petang ketika lelaki berusia 28 tahun itu terkejut apabila mendapati biawak sepanjang 2.5 meter memasuki ruang tamu rumahnya.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, bimbang perkara buruk berlaku mangsa kemudiannya menghubungi APM kira-kira pukul 2.13 petang.

“Operasi menangkap biawak itu agak sukar kerana ia bertindak agresif dan turut cuba melibas empat anggota kami.

“Bagaimanapun, reptilia itu kemudiannya berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut dalam masa 10 minit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Kuala Selangor untuk menerima rawatan lanjut.

Jelas Shaiful Azril, pemeriksaan mendapati biawak tersebut daripada spesis tikus atau pokok itu sememangnya kerap melibas dan menggigit sekiranya berasa terancam.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh memudaratkan diri termasuk keluarga sebaliknya menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Selangor di talian 03-32896225,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI