fbpx

Lemas lepas cuba selamatkan jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Faris Iskandar ditemui selepas mati lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang, Hulu Terengganu semalam.

Oleh NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Perkelahan beberapa keluarga yang berjiran berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang, Ajil dekat sini semalam.

Kejadian pada pada pukul 6.10 petang itu bermula selepas Faris Iskandar Mohd. Radhi, 19, yang merupakan pelajar kolej penerbangan Admal Aviation College, Sepang mahu menyelamatkan dua saudaranya yang hampir lemas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mad Daud berkata, Faris Iskandar dan 12 orang termasuk dua kanak-kanak yang berasal dari Losong, Kuala Terengganu sedang berkelah di sungai berkenaan sempena cuti Maal Hijrah pada pukul 1 petang.

“Sewaktu kejadian, Faris Iskandar terdengar jeritan dua jiran lelakinya yang masing-masing berusia 11 dan 28 tahun yang sedang mandi di sungai meminta pertolongan kerana hampir lemas.

“Mangsa terus terjun ke dalam sungai dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak yang berusia 11 tahun. Bagaimanapun, dia kepenatan dan tenggelam ketika mahu membantu seorang lagi mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota bomba dan penduduk kampung telah ditubuhkan untuk mencari mangsa .

Beliau berkata, mayat mangsa telah ditemui di dasar sungai tidak jauh dari lokasi dia kali terakhir dilihat pada pukul 7.33 petang sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospita Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI