fbpx

Perunding motivasi melampau kena jel 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang perunding motivasi melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki empat tahun lalu, membawa padah apabila dia dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang perunding motivasi bergelar Datuk selepas dia menukar kepada pengakuan bersalah pada hari pertama prosiding bela diri.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut di Penjara Kajang bermula tarikh jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 15 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran Tasik Kecil Medan Idaman Taman Ibu Kota Wangsa Maju di sini pukul 5.30 petang pada 17 September 2016.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd. Razif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan alasan umur mangsa semasa kejadian adalah 15 tahun.

“Ekoran tindakan tertuduh itu telah menyebabkan mangsa tertekan sehingga ingin membunuh diri,” katanya.

Bagaimanpun peguam Azlan Abdul Razak dalam rayuan memohon hukuman penjara minimum kerana tertuduh masih muda dan telah menyesal dengan perbuatannya.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI