PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 naik 3 sen kepada RM1.71 sen seliter berbanding RM1.68 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 28 Ogos depan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga naik 3 sen daripada RM1.98 kepada RM2.01 seliter.
Menurutnya, harga runcit diesel pula turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM1.82 seliter kepada RM1.80 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE