fbpx

Dua pengawal keselamatan haram antara ditahan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pengawal keselamatan yang ditahan Imigresen.

SHAH ALAM – Dua pengawal keselamatan antara 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan di sekitar Kota Damansara dan Klang di sini semalam.

Dalam serbuan bermula pukul 11 malam itu, kesemua lelaki yang ditahan berusia 22 hingga 50 tahun.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati dua pengawal keselamatan masing-masing warga Indonesia dan Bangladesh itu telah digaji di antara lima bulan hingga setahun.

Katanya, mereka ditugaskan di sebuah kondominium yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

“Serbuan yang turut dilakukan di rumah pekerja di Klang mendapati segelintir PATI sedang nyenyak tidur.

“Anggota Imigresen juga terpaksa memecahkan beberapa buah pintu rumah selepas PATI tersebut enggan membuka pintu walaupun telah diarahkan kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pecahan PATI itu melibatkan sembilan warga Indonesia, Nepal (7), Indonesia (2) dan seorang warga Bangladesh.

Mohamad Shukri menambah, kesemua PATI kemudiannya dibawa ke klinik kesihatan bagi menjalani saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di depot tahanan Semenyih.

“Kesemua mereka kini direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) dan
Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI