fbpx

Disangka mati, rupanya tidur mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis memeriksa keadaan Ahad yang tertidur di dalam keretanya. – TRIBUN NEWS

JAKARTA –  Akibat tidak cukup tidur, seorang lelaki terlelap di dalam kereta di sebuah persimpangan lampu isyarat sehingga dia disangka sudah meninggal dunia oleh pengguna jalan raya.
Portal berita Tribun News melaporkan semalam bahawa insiden berlaku di Umbulharjo, Yogyakarta.

Ketua polis tempatan, Komisioner Achmad Setyo Budiantoro berkata, kejadian pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Lelaki itu, Ahad Dwi Nugroho berhenti di persimpangan ketika lampu isyarat merah, namun apabila lampu kembali hijau, keretanya masih tidak bergerak.

“Pengguna jalan raya lain melihat Ahad tidak bergerak lalu menghubungi polis,” katanya.

Selepas tiba di tempat kejadian, anggota polis mula mengawal lalu lintas dan menghubungi pasukan palang merah.

“Apabila ambulans tiba, lelaki itu tersedar.

“Dia memberitahu bahawa dirinya kurang tidur dan terlelap di persimpangan tersebut,” ujarnya.

Ahad diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI