fbpx

Amukan Noki dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOKI

MENGAKUI dirinya seorang yang panas baran, anggota kumpulan rap popular K-Clique, Noki mempertahankan tindakannya memaki seorang pengguna sosial media di Instagram baru-baru ini.
Kata Noki, hanya disebabkan berita palsu ditularkan pihak tidak bertanggungjawab yang tidak dipastikan identitinya, dia disumpah seranah sejak Jun lalu menerusi mesej secara langsung (DM) akaun Instagramnya.
Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji itu, semuanya tercetus gara-gara penyebaran sebuah klip video yang disunting memaparkan dirinya sedang memaki hamun sewaktu bersiaran dalam siaran langsung Instagram.

KOSMO!: Apa sebenarnya yang membuatkan Noki seperti anda hilang kawalan sehingga tercetus video anda mengamuk dalam siaran langsung menerusi Instagram baru-baru ini?
NOKI: Semua itu berlaku disebabkan ada perkara tidak benar tersebar. Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyunting dan memuat naik video dalam media sosial yang hanya menunjukkan bahagian saya mengeluarkan kata-kata kesat. Apabila sampai ke pengetahuan netizen yang tak tahu kisah sebenar, mereka terus DM dan memaki hamun saya.

Jadi, apa yang membuatkan anda mengamuk?
Ada seorang pemilik akaun Instragram memaki hamun ibu bapa saya. Saya tidak kisah kalau orang maki hamun saya, namun jangan sesekali sentuh perihal ibu bapa kerana mereka tidak terlibat langsung dengan apa yang saya kerjakan dalam industri.

NOKI kini muncul dalam sebuah single berentap rap bertajuk Gila hasil kolaborasi dengan Kaka Azraf dan Loca B. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

 

Kalau orang kata penyanyi rap seperti anda ‘senang koyak’ kerana mudah melenting, apa komen anda?
Terpulang kepada mereka kerana saya tidak boleh tutup mulut orang lain. Saya juga tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Saya pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sama-samalah kita jaga perasaan masing-masing.

Adakah anda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit yang cuba menjatuhkan reputasi ibu bapa anda?
Saya tidak ada masa untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menularkan dan menyunting berita palsu berkenaan. Sejak kebelakangan ini, saya banyak berfikir bahawa kita tidak boleh mempamerkan sikap suka memaki hamun secara terbuka kerana pada akhirnya hanya akan mendatangkan padah kepada diri sendiri.
Ada segelintir netizen yang tidak ambil peduli soal kebenaran. Saya berharap dapat belajar sesuatu daripada insiden tersebut demi kebaikan kemudian hari.

Kongsikan tentang single berjudul Gila kolaborasi abda dengan Kaka Azraff dan Loca B?
Bahagian rap yang saya nyanyikan dalam lagu ini ditulis sendiri. Sebenarnya, sudah lama saya ingin bekerjasama dengan Kaka dan Loca B. Saya amat berpuas hati dengan hasil klip muzik video ini. Kami bertiga menjalani penggambaran sebulan lalu dan semuanya berjalan lancar walaupun negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI