fbpx

1,754 beg tangan berjenama tiruan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara beg tangan berjenama tiruan yang dirampas KPDNHEP dalam operasi di sebuah kondominium di Cheras baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebanyak 1,754 beg tangan berjenama disyaki tiruan dalam satu operasi di sebuah kondominium di Cheras pada 19 Ogos lalu.

Pengarah Penguat Kuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kesemua barang berjenama seperti Gucci, Louis Vuitton dan Chanel itu dianggarkan berjumlah RM140,320 serta disyaki menggunakan cap dagangan yang didaftarkan dengan salah.

“Serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Putrajaya di sebuah premis kediaman di Cheras yang dijadikan tempat simpanan barangan tiruan.

“Berdasarkan kenyataan jiran, rumah itu lama dibiarkan kosong dan mereka tidak pernah melihat pergerakan keluar masuk dari unit kediaman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI