fbpx

UTHM buka bidaan nombor plat khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UTHM buka bidaan kepada orang ramai nombor plat kenderaan khas.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melaksanakan penjualan Pre-Booking nombor Plat Kenderaan Khas Siri ‘UTHM’ bermula Februari lalu sebagai salah satu usaha menjana pendapatan sendiri.

Inisiatif ini selaras dengan saranan kerajaan yang mahukan setiap universiti awam (UA) berusaha menjana pendapatan sendiri bagi mengurangkan bebanan tanggungan kewangan dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia.

Pusat Wakaf dan Endowmen, UTHM diberi peranan menggalas tanggungjawab menjual nombor plat khas terbabit yang melibatkan 9999 nombor.

Menurut Pengarahnya, Profesor Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff nombor-nombor tersebut akan dijual secara e-Bida kepada staf, alumni, pelajar dan orang awam.

“Untuk rekod, nombor Plat Kenderaan pertama hasil tempahan awal terdahulu berjaya didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Johor Baharu pada 30 Jun lalu.

“Kami amat berharap warga universiti khususnya turut sama menyokong usaha UTHM dengan membeli nombor Plat khas kenderaan siri UTHM ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, nombor plat yang ditawarkan adalah dari UTHM 1 hingga UTHM 9999 dan mereka yang berminat boleh melayari sistem bidaan di ebida.uthm.edu.my. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI