fbpx

The Reds ‘diserang’ wabak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Liverpool menjalani latihan pusat di Salzburg sebagai persediaan menghadapi saingan musim baharu dengan aksi pertama dijadualkan menentang Arsenal dalam aksi Piala Perisai Komuniti hujung bulan ini. - TWITTER LFC

VIENNA – Liverpool yang kini sedang giat menjalani kem latihan pusat di Salzburg, Austria mengesahkan salah seorang ahli pasukan itu telah dijangkiti wabak pandemik Covid-19 semalam.

Bagaimanapun, The Reds yang masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini enggan mendedahkan nama individu terbabit.

Difahamkan, latihan pramusim Liverpool tetap diteruskan seperti perancangan awal dan individu yang disahkan positif Covid-19 telah diarahkan untuk menjalani ujian calitan kedua.

“Buat masa ini, sesi latihan akan berjalan seperti biasa. Individu terbabit juga sudah diarahkan untuk menjalani kuarantin di hotel. Dia akan melakukan ujian sekali lagi untuk memastikan dirinya bebas daripada dijangkiti wabak Covid-19,” menurut ke­nyataan rasmi pasukan itu.

Dalam perkembangan sama, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui, pemilihan pa­sukan untuk menjalani kem latihan pusat di luar England adalah tepat dalam misi mengekalkan momentum cemerlang menje­lang saingan musim baharu nanti.

“Pasukan mempunyai dua pilihan sama ada ke Jerman atau Austria dan kami membuat keputusan untuk ke sini. Fasiliti di sini cukup bagus dan saya yakin barisan pemain dapat menjalani sesi latihan yang berkualiti,” ­katanya.

The Reds akan memulakan saingan musim baharu dengan dijadualkan bertemu juara Piala FA, Arsenal dalam aksi Piala Perisai Komuniti di Stadium Wem­bley pada 29 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN