fbpx

Serah kad bank, peneroka rugi RM496,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. WAZIR

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

BENTONG – Panik selepas dikatakan terlibat kegiatan pengubahan wang haram, seorang wanita warga emas di Felda Mempaga dekat sini kerugian RM496,000 akibat ditipu individu tidak dikenali.

Wanita yang juga peneroka Felda tersebut menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai pegawai Pos Laju pada 19 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek memaklumkan terdapat bungkusan yang dihantar kepada warga emas berusia 60 tahun berkenaan.

“Suspek mendakwa bungkusan yang akan diterima tersebut mempunyai kesalahan pengubahan wang haram.

“Pengadu (mangsa) menafikan dakwaan itu sebelum panggilan disambung kepada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ASP Bakar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mengarahkan dia memindahkan wang RM500,000 daripada akaun Amanah Saham Nasional ke dalam akaun Maybank.

“Sejurus pemindahan wang dilakukan pada 24 Julai lalu, mangsa diarahkan meninggalkan kad bank di dalam pasu bunga di depan kedai makanan haiwan yang sebaris dengan pasar raya Sri Tahan dekat Karak pada keesokannya,” ujar beliau.

Tambah Mohd. Wazir, warga emas itu kemudian dihubungi suspek yang meminta nombor pengesahan diri (PIN) kad bank milik mangsa dan serta-merta ia diberikan kepada individu tersebut.

“Pada 17 Ogos (kelmarin) pengadu telah menukar kad bank baharu di kaunter Maybank dan semakan akaun mendapati RM496,000 telah lesap,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Karak dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI