fbpx

Rugi RM31,910 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang pegawai makmal kilang di Kepala Batas di sini berputih mata selepas kerugian RM31,910 akibat ditipu sindiket yang menawarkan pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 45 tahun membuat pinjaman berkenaan selepas terlihat iklan di laman sosial Facebook pada Julai lalu.

Katanya, mangsa menerima teks khidmat pesanan ringkas daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pinjaman selepas mengisi beberapa maklumat menerusi laman berkenaan.

“Selepas beberapa kali perbincangan, mangsa bersetuju untuk meminjam RM10,000 dan diminta melakukan beberapa transaksi bagi urusan pemprosesan pinjaman.

“Mangsa hanya menyedari sudah ditipu apabila ejen berkenaan memintanya untuk buat bayaran tambahan.

“Selain itu, rakan mangsa juga turut memaklumkan kepada mangsa bahawa ianya adalah sindiket penipuan selepas dimaklumkan mengenai kejadian terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI