fbpx

Program pembangunan atlet Paralimpik dipertingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Ahmad Fayhsal (kiri) menyerahkah replika Inisiatif Prihatin Sukan 2020 kepada salah seorang wakil persatuan dan kelab sukan yang berdaftar di bawah PJS di Putrajaya semalam.

Oleh SUBKHI SUDARJI

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan terus mengekal dan menambahbaik program pemba­ngunan sedia ada atlet-atlet Pa­ra­limpik dalam usaha memastikan negara tidak ketandusan atlet pelapis pada masa akan datang.

Timbalan Menterinya, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, KBS akan terus menambah baik program sedia ada, selain mendengar cadangan daripada Majlis Para­limpik Malaysia (MPM).

“Walaupun kita sudah ada program Sukan Malaysia (Sukma),­ kita juga maklum ia menjadi program pemangkin kepada bakat-bakat baharu bagi perse­diaan atlet-atlet negara Para.

“Jadi, saya rasa apa yang ada ketika ini dikekalkan dan tambah baik dari semasa ke semasa sebagaimana cadangan yang diberikan MPM,” katanya selepas menyampaikan Inisiatif Prihatin Sukan (IPS) 2020 kepada Persatuan dan Kelab Sukan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di Putrajaya semalam.

Mengulas program berkenaan, Wan Ahmad Fayhsal memaklumkan, KBS telah menerima kira-kira 579 permohonan daripada persatuan dan kelab sukan.

Sementara itu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan di bawah inisiatif ini merangkumi RM2 juta bagi bantuan pengurusan Persa­tuan Sukan Kebangsaan, RM5 juta bantuan menjalankan program dan aktiviti, manakala RM3 juta bantuan pendigitalan sukan serta pengkomersialan (R&D) sukan dengan kerjasama Institut Sukan Negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI