fbpx

Kluster baharu Covid-19, tiada penularan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak lima kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk kluster baharu iaitu Kluster Alam menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,240 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima kes tersebut adalah kes import membabitkan dua warga Malaysia dan tiga warga asing serta tiada kes penularan tempatan.

Menurutnya, empat daripada kes tersebut ialah Kluster Alam yang terpencil dikenal pasti di sebuah kapal di Bintulu, Sarawak mempunyai sejarah perjalanan dari Jepun.

“Saringan dijalankan ke atas lima kakitangan kapal yang mengalami gejala dan empat daripadanya positif Covid-19 dan seorang masih menunggu pengesahan makmal.

“Kesemua kes positif ini merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan dua warga Malaysia dan dua warga asing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, satu lagi kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah dari negara Bangladesh.

Katanya, pada masa sama, tujuh kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan serta tiada pertambahan kes kematian.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI