fbpx

Kem Azmin tidak khuatir – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida ketika berucap merasmikan program Kenduri Rakyat Prihatin di Kampung Bukit Kapar, Klang, hari ini. - Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – “Kami tidak gentar,”. Demikian tindakan balas bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berhubung bekas partinya itu akan menghantar Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bagi menarik pengundi untuk mengalahkan kem Mohamed Azmin Ali.

Zuraidah yang juga Ahli Parlimen Ampang itu menegaskan tiada sebab bagi beliau untuk khuatir kerana menganggapnya perkara kecil yang tidak akan menjejaskan sokongan daripada orang ramai terhadap kem tersebut.

“Saya tidak peduli pun siapa mahu menghancurkan atau mengalahkan siapa ketika ini.

“Apa yang penting adalah kami mahu terus berkhidmat untuk rakyat bersama pemerintahan kerajaan sedia ada,” katanya ketika ditemui pada program Kenduri Rakyat Prihatin di Kampung Bukit Kapar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung kemasukan beliau dan beberapa ahli parlimen daripada ‘Kem Azmin’ ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zuraida menegaskan satu program khas akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

“Kami akan membuat pengumuman rasmi itu sekali gus menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan 10 bekas Ahli Parlimen PKR diketuai Mohamed Azmin dipercayai bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI