fbpx

Kanak-kanak lelaki ditemui lemas dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOLAM lokasi seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas di Labuan. Foto Ihsan Polis.

Oleh IVAN AMIRUL

LABUAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun lemas dipercayai terjatuh ke dalam kolam di Kampung Layang-Layangan petang semalam.

Mangsa, Mohammad Nazrullah Hazizul Fahmi dipercayai sedang bermain dengan abangnya yang berusia 10 tahun di kawasan terbabit sebelum terjatuh ke dalam sebuah kolam.

Kejadian disedari nenek adik-beradik itu selepas abang mangsa menjerit meminta pertolongan dari dalam kolam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 5.35 petang.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) difahamkan sudah berada di lokasi kejadian dan membawa kanak-kanak terbabit ke Hospital Labuan.

“Bagaimanapun, anggota polis yang menjalankan siasatan lanjut di hospital mendapati mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat lemas.

“Siasatan juga mendapati, mangsa bersama abangnya berada di kebun bersama nenek mereka yang mengusahakan kebun terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Muhamad Farid berkata, nenek mangsa yang bergegas ke kawasan kolam berjaya menyelamatkan abang mangsa manakala adiknya dipercayai tenggelam di kolam terbabit.

Menurutnya, pasukan bomba berjaya menemui mangsa di dalam kolam sebelum dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dapat dikesan dan kes disiasat sebagai kes mati mengejut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI