fbpx

Jangan kongsi video tak senonoh ketika berpakaian uniform

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

KUALA LUMPUR- Jangan guna aplikasi media sosial untuk berhibur ketika bertugas.

Itu nasihat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada warga penjawat awam terutama mereka yang memakai uniform atau apa-apa pakaian rasmi jabatan masing-masing.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pihaknya mendapati terdapat  segelintir penjawat awam yang memakai uniform jabatan masing-masing sambil merakam video yang tidak senonoh, jelek dan berunsur negatif untuk dimuat naik ke dalam platform media sosial peribadi seperti TikTok, Instagram YouTube dan Facebook.

“Video jelek dan tidak senonoh seperti menari, menyanyi serta perkongsian hal-hal peribadi yang dirakam ketika berpakaian uniform menjadikan imej jabatan tersebut turut terpalit menjadi negatif.

“Ia merupakan satu aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan terutama jika masih dalam waktu bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini tengah hari tadi.

Katanya, meskipun dirakam di luar waktu bertugas, video tidak senonoh itu tetap boleh menimbulkan persepsi negatif kepada perkhidmatan awam.

Jelas Adnan, tindakan memuat naik video menimbulkan persepsi penjawat awam banyak melakukan aktiviti lain ketika waktu bekerja, sekali gus menjejaskan reputasi dan imej perkhidmatan awam itu sendiri.

“Mereka hendaklah menghormati jawatan yang disandang serta pasukan yang dianggotai.

“Setiap uniform atau pakaian rasmi jabatan mempunyai etika pemakaian masing-masing dan perlu dipatuhi serta dihormati tidak kira polis, tentera, penguatkuasa, jururawat, doktor atau penjawat awam biasa yang memakai baju korporat,” tambah beliau.

Dalam pada itu, pihak CUEPACS menyambut baik langkah beberapa jabatan yang mengharamkan penggunaan media sosial semasa waktu bertugas atau memakai uniform jabatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI