fbpx

Hafizh ingin berlumba pada GP Styria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH (kanan) kelihatan ceria bersama kru pasukan Aspar yang datang melawatnya selepas dimasukkan ke hospital akibat kemalangan ngeri pada saingan GP Austria minggu lalu.

INSIDEN ngeri yang menimpa pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin pada Grand Prix (GP) Austria Ahad lalu tidak melunturkan semangatnya menje­lang GP Styria di Litar Red Bull Ring hujung minggu ini.

Pada perlumbaan GP Austria di litar sama Ahad lalu, pelumba pasukan Aspar itu mengalamwi lebam-lebam pada anggota badan apabila terpelanting selepas me­rempuh jentera pelumba pasukan Italtrans Racing, Enea Bastianini.

Meskipun kesakitan masih dirasai pada anggota badan baha­gian bawah, namun pelumba berusia 26 tahun itu menyuarakan keinginannya untuk beraksi pada GP Styria hujung minggu ini.

“Selepas rempuhan pada perlumbaan itu, saya terasa sangat sakit pada anggota badan di bahagian bawah. Bagaimanapun, saya terus jalani proses pemulihan pada hari sama.

“Saya akan cuba lakukan segala-galanya untuk pastikan berada dalam keadaan cergas sebelum jalani ujian perubatan pada hari Khamis (hari ini),” kata Hafizh.

Bekas pelumba Yamaha Tech3 itu juga mengakui, keadaannya sudah bertambah baik, sekali gus memberi kelegaan kepada seluruh peminat sukan permotoran tanah air.

“Saya mahu berlumba pada perlumbaan hujung minggu ini. Keadaan saya sudah bertambah baik sedikit demi sedikit dan le­bih baik berbanding Ahad lalu.

“Selain itu, saya mahu berterima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa memberikan kata-kata semangat serta mendoakan saya cepat sembuh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI