fbpx

Gajah tanpa pasangan alami tekanan perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Seekor gajah jantan hidup kesepian selepas pasangannya mati kira-kira lapan tahun lalu di sebuah zoo di sini kini menunjukkan tandatanda awal tekanan perasaan dan kemurungan, lapor portal Mirror UK.

Pengerusi Yayasan Hidupan Liar Pakistan, Safwan Shahab Ahmad berkata, mamalia dinamakan Kaavan yang tinggal dalam kurungan sejak 1990 kerap mengangguk kepala iaitu petanda awal sakit mental.

“Ia menghabiskan masa terlalu lama hidup sendirian di samping kekurangan aktiviti yang boleh dilakukan, memberi kesan ke atas Kaavan. Beberapa tahun selepas pasangannya mati, dia menunjukkan tanda kemurungan dan tekanan perasaan.

“Kaavan sering menggoyang dan mengangguk kepalanya di dalam kurungan, namun apabila diberikan ranting-ranting pokok serta dimandikan, kita boleh lihat ia benar-benar menikmatinya,” katanya.

Beberapa penyelidik berasa bimbang dengan keadaan haiwan itu kerana dikhuatiri akan memendekkan jangka hayatnya secara mendadak.

Penjaga haiwan, Mohammad Jalal berkata, Kaavan amat memerlukan pasangan hidup baharu bagi membantunya pulih daripada tekanan serta kemurungan.

“Saya jarang melihatnya gembira. Berikannya pasangan baharu dan kita akan melihat perubahan positif pada Kaavan,” ujarnya.

Pada Mei tahun ini, Mahkamah Tinggi Islamabad mengarahkan supaya pihak berkuasa hidupan liar bekerjasama dengan kerajaan Sri Lanka iaitu negara asal gajah tersebut untuk mencari santuari lebih sesuai.

Kaavan kini menjalani kehidupan baharu selepas dipindahkan ke pusat perlindungan di Lek, Kemboja bersama kawanan gajah lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI