fbpx

Dapat hidayah di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD Rosli mendapat hidayah untuk memeluk Islam ketika bertandang ke Masjid Kow Long, Hong Kong pada tahun 1976. Foto FARAHWAHIDA AHMAD

Oleh FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Seorang tukang masak mualaf, Yan Pang Jimmy sebak apabila mengenangkan peristiwa penghijrahannya memeluk Islam setiap kali tibanya Awal Muharram setiap tahun.

Pang Jimmy atau nama muslimnya, Muhammad Rosli Pang, 65, berkata, hatinya terbuka untuk mengenali Islam semasa dia bekerja sebagai seorang cef di Kow Loon, Hong Kong pada tahun 1976.

Menurut Muhammad Rosli yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU), ketika itu dia berusia 44 tahun sering singgah di Masjid Kow Loon untuk melepaskan lelah dan merehatkan diri apabila hari cuti.

“Persekitaran masjid yang sejuk membuatkan saya berasa sangat tenang dan selesa berada di situ sebelum imam dan kenalan mengajak saya duduk di satu sudut untuk melihat mereka solat selain sering menyertai usrah dan kelas-kelas agama yang dianjurkan oleh masjid.

“Perasaan ingin tahu yang meluap-luap membuatkan saya selalu bertanya mengenai islam kepada imam di situ sehinggakan ada jemaah yang kurang selesa dengan saya sebab saya selalu banyak bertanya,” katanya sambil ketawa kecil mengenang kenangan lucu mendalami Islam.

Muhammad Rosli berkata, selepas 20 tahun berkelana di Hong Kong dia pulang ke tanah air pada tahun 1996 selepas ibunya, Low Choy Moi jatuh sakit sebelum meninggal dunia pada usia 85 tahun di kampung halamannya di Kota Tinggi.

Mengimbau kembali memori, anak bongsu lima beradik itu berkata, dia melafazkan kalimah syahadah pada tahun 2005 di Kota Tinggi ketika usianya mencecah 50 tahun.

“Sewaktu saya nak memeluk Islam saya dapat tentangan daripada keluarga. Kakak sulung saya marah-marah saya namun saya nekad untuk berhijrah menjalani hidup sebagai seorang muslim.

“Lepas itu saya berpisah dan tidak dapat menghubungi adik-beradik yang lain sehingga sekarang dan saya tak tahu mereka masih hidup atau sudah meninggal,”katanya.

Mohamad Rosli terus diuji selepas doktor mengesahkan kedua-dua belah kakinya dijangkiti kuman sebelum tidak dapat berdiri sendiri dan kini bergerak menggunakan bantuan kerusi roda.

Selepas dibuang keluarga, Mohamad Rosli berhijrah dari Kota Tinggi ke Segamat untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan membuka premis perniagaan di rumahnya yang terletak di Jalan Nagasari 12, Segamat Baru di sini yang diubahsuai menjadi kedai makan masakan cina.

“Atas semangat perjuangan dan peristiwa hijrah saya tidak mudah mengalah untuk meneruskan hidup dan alhamdulilah kedai makan saya mendapat sambutan bukan sahaja muslim tetapi turut disokong masyarakat Tiong Hwa,”katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI