fbpx

Bom mortar ditemui dalam kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOM mortar lama yang masih aktif ditemui oleh penduduk dalam kawasan kebun Kampung Melati,Kuala Krai semalam. Foto IHSAN PEMBACA

Oleh BAHRUDDIN HATTA

KUALA KRAI – Penduduk Kampung Kampung Melati Jalan Jirat di sini gempar apabila menemui sebutir bom mortar lama di dalam kawasan kebun pada pukul 7 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, bom itu ditemui oleh seorang penduduk sebelum melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis.

Menurutnya, sejurus menerima laporan, Unit Persenjataan (AMRA) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai bergegas ke lokasi penemuan bom itu.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati jarak lokasi bom itu dijumpai lebih kurang 50 meter dari jalan Kampung Jirat. Ia juga berada 30 meter dari landasan kereta api dan 10 meter dari kawasan rumah yang berhampiran.

“Pemeriksaan terhadap bom mortar itu mendapati ia masih aktif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Suzaimi, pemeriksaan fizikal ke atas bom yang dipercayai jenis bom mortar itu berukuran panjang 36.5 sentimeter dengan lilitan lebar berukuran lebih kurang 9 milimeter.

Katanya, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) telah memusnahkan bom mortar itu di tempat kejadian pada pukul 11.45 pagi tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI