fbpx

Tiga premis jual pelitup muka melebihi harga siling dikompaun RM2,250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Pengarah Dottie Azlina (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan penetapan harga maksimum pelitup muka di Aeon Klebang, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sebanyak tiga premis dikompaun berjumlah RM2,250 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak selepas menjual pelitup muka dengan harga yang tinggi melebihi harga siling ditetapkan.

Timbalan Pengarah KPDNHEP Perak, Dottie Azlina Ismail berkata, pihaknya telah memeriksa 1,934 premis bagi memantau harga dan bekalan pelitup muka dalam tempoh dari awal tahun sehingga 16 Ogos lalu.

“Kementerian telah memutuskan penurunan harga maksimum pelitup muka tiga lapis daripada RM1.45 seunit kepada RM0.95 seunit bagi harga runcit.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat, tiga premis tersebut telah menjual pelitup muka dengan harga yang melebihi harga yang telah ditetapkan dan KPDNHEP telah mengambil tindakan kompaun terhadap mereka berjumlah RM2,250,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjalankan pemeriksaan terhadap ketetapan harga pelitup muka di Aeon Klebang di sini hari ini.

Tambah Dottie, antara kesalahan lain yang boleh diambil tindakan termasuklah tiada tanda harga dan label pada produk, menyorokkan produk, produk tiruan atau penandaan yang tidak jelas.

“Sekiranya ada premis yang menjual pelitup muka secara runcit dan bukan di dalam kotak, siasatan juga boleh dijalankan jika ia tidak mempunyai label.

“Oleh itu, premis tersebut perlu memastikan bahawa pelitup muka yang dijual mempunyai label,” katanya.

Menurutnya, tinjauan harga turut dibuat ke atas penjualan pelitup muka yang dijual secara online bagi memastikan para peniaga mematuhi harga siling yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI