fbpx

Tak sempat masuk kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi melakukan kerja menyelamat mangsa yang terlibat kemalangan di KM 80 Johor Bahru -Mersing, Johor berhampiran Felcra Sungai Ara, petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut manakala dua saudaranya cedera parah dalam kejadian kemalangan membabitkan Proton Waja dan sebuah lori Isuzu di Kilometer 80 Johor Bahru-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara petang tadi.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa Mohammad Razif Ismail, 22, yang bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dalam perjalanan dari Endau, Mersing ke rumah sewanya untuk memulakan kerja pada malam ini.

Dalam kejadian itu, abang mangsa, Farhan, 24, dan sepupunya, Fadzil Noh, 25, yang duduk di bahagian penumpang kereta turut mengalami cedera parah akibat pelanggaran itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, polis menerima maklumat kemalangan itu pada pukul 2.50 melibatkan seorang mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dari Mersing menghala ke arah Johor Bahru telah mengelak sebuah pacuan empat roda yang sedang memotong di jalan bertentangan.

“Kereta berkenaan dipercayai cuba mengelak ke bahu kiri jalan lalu hilang kawalan dan berpusing masuk ke jalan bertentangan sebelum dilanggar oleh lori yang berada di laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kesemua mangsa yang cedera termasuklah pemandu lori berumur 35 tahun serta isteri berumur 21 tahun dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut.

Manakala mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk urusan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar.

“Orang awam dinasihati supaya lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI