fbpx

Remaja mati main PUBG tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja di India meninggal dunia selepas bermain PUBG tanpa henti selama beberapa hari. - AGENSI

NEW DELHI, India – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia selepas tidak makan dan minum air mencukupi kerana terlalu leka bermain permainan video.

Laman berita Gulf News melaporkan, mangsa yang tidak didedahkan identitinya berasal dari negeri Andhra Pradesh. Dia disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu selepas dirawat di hospital akibat masalah dehidrasi yang teruk.

“Remaja itu terlalu leka bermain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) sehingga dia tidak makan dan minum selama beberapa hari,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siber Andhra Pradesh, GR Radhika.

Beliau berkata, keluarga mangsa telah membawanya ke sebuah hospital di bandar Elu­ru sebelum doktor yang mela­kukan rawatan memaklumkan bahawa mangsa memerlukan pembedahan segera.

Bagaimanapun, remaja ter­sebut meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mengulas kejadian itu, Ja­batan Siasatan Jenayah bertindak melancarkan program untuk golongan pelajar, orang tua, remaja dan masyarakat umum bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang kegunaan dan risiko dunia maya.

Pada tahun lalu, negeri Gujarat di pantai barat India bertindak mengharamkan PUBG ke­rana pemerintah mendakwa bahawa permainan video tersebut boleh membuatkan seseorang itu ketagih dan cende­rung menjadi ganas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI