fbpx

PDRM tahan 140 ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 140 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 136 individu dikompaun manakala empat individu lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (35), tidak memakai pelitup muka (35), gagal melunaskan bayaran di pusat kuarantin (2), tidak memakai apron pakai buang (1), serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (96),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berhubung Operasi Benteng semalam, beliau memberitahu, PDRM telah mengadakan 64 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 25,458 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

Ismail Sabri menyatakan, dua warga asing ditahan atas kesalahan imigresen.

Sementara itu, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 12,926 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Kesemua mereka telah ditempatkan di 62 hotel dan lima institut latihan awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis, Labuan dan Kedah.

“Daripada jumlah itu, seramai 43 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 5,694 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, mereka telah pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran dan Nepal.

Negara lain termasuk Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, New Zealand, Amerika Syarikat dan Australia.

Secara keseluruhan, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

Semalam, pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 1,406 pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebanyak 1,358 premis didapati mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 24 premis diberi nasihat dan 24 premis pula diberi amaran kerana tidak patuh SOP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI